Intipati TENA :
Bersama kita lakukan perubahan
Sebagai peneraju global dalam penjagaan kontinens, TENA dengan penuh dedikasi berhasrat untuk memperkasakan golongan profesional dan penjaga untuk membolehkan mereka memberi penjagaan terbaik kepada mereka yang menghidapi masalah kebocoran air kencing. Memberikan maruah dan meningkatkan kualiti hidup menjadi keutamaan dalam apa yang kami lakukan.
Kepakaran yang teliti
Ilmu pengetahuan profesional mampu untuk meningkatkan kualiti hidup dengan ketara bagi mereka yang terkesan akibat masalah inkontinens. Dengan pengalaman kepakaran selama lebih dari 50 tahun, komitment kami dalam memberikan innovasi berdasarkan kepakaran kami dalam bidang ini hanyalah satu dari pelbagai sebab mengapa TENA adalah jenama No. 1 di dunia untuk penjagaan kontinens*.
Pemahaman yang mendalam
TENA memahami bahawa setiap situasi dan individu adalah unik. Hubungan kerjasama rapat kami dengan pakar kesihatan profesional, peniaga dan pengguna terus memperkukuhkan lagi pemahaman dan pemikiran kami secara berterusan tentang kondisi ini, supaya kami boleh menawarkan sokongan terbaik untuk mereka yang menjaga dan juga mereka yang dijaga.
Bukti yang kukuh
Kesemua produk dan perkhidmatan TENA telah melalui proses penyelidikan yang terperinci, direkacipta, diuji dan dibuktikan dapat memberi manfaat kepada para individu, ahli profesional malah juga persekitaran pekerjaan. Hasilnya adalah pelbagai penyelesaian komprehensif oleh TENA yang inovatif dan boleh dipercayai, yang menawarkan keselamatan maksimum dan perlindungan yang lengkap, untuk masalah kebocoran air kencing yang ringan hinggalah yang berat serta juga untuk memenuhi keperluan penjagaan kulit.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.TENA.com.my
*Anggaran SCA: Laporan Tahunan SCA 2014

